Category: Uncategorized
Bengkak dengan ph.
Isteri.
ISTRIKU TIDAK CANTIK,
Dan tdk menarik lagi
Suatu hari Imam Syafi’i . kedatangan seorang Laki-laki, (Suami). Dia mengadu kepada Imam Syafi’i perihal istrinya yang sudah tak cantik, tak Menarik lagi dipandangnya.
Suami: “Wanita yg aku nikahi itu pertama kali cantik dan menggairahkan. Tapi kenapa sekarang kecantikan dan daya tarik nya hilang, ?”
Mendengar hal itu, Imam Syafi’i dg tersenyum berkata: “Kamu ingin istrimu kembali lagi cantik, dan menarik?”
Suami: “Betul”
Imam syafi’i: “Gampang.. tundukan pandanganmu dari seluruh wanita yg diharamkan selama sebulan !”
Setelah mendengar nasihat tersebut, ia segera mematuhi apa yang disampaikan Imam Syafi’i.
Sebulan kemudian Laki-laki tersebut bertemu kembali dg Sang Imam syafii
Imam syafi’i pun bertanya: “Bagaimana sekarang ? Istrimu sudah kelihatan cantik ?”
Suami: “Maa syaa Allah …, sungguh tak ada wanita cantik, menggairahkan selain istriku.”
Imam syafi’i pun berkata dari kenyataan itu:
“Sebenarnya istrimu tidak berubah. Namun ketika kamu menjadi laki-laki yg sering melabuhkan atau mendaratkan pandangannya kepada wanita-wanita yg tidak halal. Ketika itu, Allah mencabut kenikmatan pandanganmu melihat yang halal.
Ketika Allah mencabut kepadamu kenikmatan melihat yang halal itulah kenapa kamu melihat istrimu menjadi biasa.”
“Akan tetapi ketika kamu meninggalkan pandangan yg haram. Lalu akhirnya kamu kemudian hanya menikmati pada pandangan yang halal (istrimu), di situlah kamu akan mendapati kenikmatan istrimu kembali.”
Dari kisah ini dapat diambil hikmah bahwa,
Sesungguh nya Maksiat dpt Mencemari Nikmat dan Indahnya Ibadah.
والله اعلم بالصواب.
Pas dan umno.
KERJASAMA PAS DAN UMNO BUKAN LAGI TABOO
1. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) yakin bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO bukan lagi taboo atau pantang larang yang cuba dihindarkan dari menjadi perbincangan dalam kalangan Umat Melayu khususnya ahli-ahli PAS dan UMNO. Sebaliknya kerjasama antara PAS dan UMNO sudah dilihat sebagai satu keperluan yang mendesak untuk menghalang kerajaan PH yang didominasikan oleh DAP meneruskan agenda Malaysian Malaysia mereka.
2. Sebelum PRU ke-14, PH berjaya menjadikan usaha untuk mewujudkan kerjasama ini sebagai satu taboo di kedua-dua belah pihak PAS dan UMNO. Mereka membangkitkan pelbagai isu termasuklah isu PAS mendapat dedak RM 90 juta daripada dana 1MDB dan sumbangan pilihanraya RM 2.5 juta dari dana UMNO. Hasilnya, PH berjaya menawan sekurang-kurangnya 27 kerusi parlimen yang sepatutnya tidak terlepas sekiranya ada persefahaman antara PAS dan UMNO.
3. Kemenangan BN di PRK Cameron Highland dan Semenyih menjadi petunjuk yang paling sahih, dengan kerjasama erat antara PAS dan UMNO, DAP dan gerombolannya berjaya dikalahkan termasuk di negeri kubu mereka Selangor. Kerjasama PAS dan UMNO berjaya meyakinkan majoriti besar kaum Melayu malah sebahagian kecil kaum Cina dan India yang menolak agenda DAP untuk merungkaikan sendi-sendi kestabilan politik dan keharmonian perpaduan kaum di Malaysia.
4. PPP juga melihat isu berkaitan RM 90 juta yang dibangkitkan oleh Sarawak Report, termasuklah yang terkini pembayaran RM 1.4 juta oleh Datuk Rameli Musa yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim, tidak lagi menjadi pertimbangan Umat Melayu. Sekiranya tujuan isu ini dilontarkan oleh PH untuk mewujudkan taboo dalam kalangan ahli-ahli PAS supaya menghindarkan kerjasama dengan UMNO, dalam PRK Cameron Highland dan Semenyih kedua-dua parti sudah bekerjasama cukup erat.
5. PPP menyeru kepada umat Melayu untuk terus maju ke hadapan ke arah kesatuan ummah yang lebih mantap untuk mengekang kerakusan PH merealisasikan agenda Malaysian Malaysia. Jangan lagi menoleh ke belakang melayan isu-isu yang ditimbulkan oleh PH dan media mereka. Kita serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengadili isu-isu yang mereka bangkitkan seperti isu SRC, 1MDB, RM 90 juta dan lain-lain
6. PPP juga yakin kerjasama antara PAS dan UMNO akan mengundang penyertaan ribuan figura tersohor Melayu dalam dalam pelbagai lapangan untuk menyokong agenda kesatuan ummah ini. Dengan penyertaan mereka, kedua-dua parti terbesar Melayu-Islam ini akan dipandu untuk menampilkan kepimpinan Melayu-Islam yang berintegriti dan beramanah untuk mengambil-alih taraju kepimpinan dari PH yang semakin terserlah kelemahan dan kepincangannya.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah
Pusat Penyelidikan PAS
Sia sia.
Pintu
🚩 *Kenapa Orang Islam dan Melayu Akan Menunjuk PH Pintu Keluar di Semenyih*
Oleh: Dr Mazlan Mahmud
Penganalisa Politik
28 February, 2019
Ada lima isu kenapa Muslim dan Melayu akan mengundi BN sampai ke kemenangan dalam PRK Semenyih pada 2 March, 2019:
1. Keadilan untuk Muhammad Adib, anggota BOMBA yang meninggal dalam rusuhan dikuil
2. Agenda ratifikasi ICERD oleh PH
3. Kegelisahan orang Islam terhadap isu Tabung Haji
4. Fitnah PAS terima duit RM 90 juta dari 1MDB
5. Penghinaan keatas Nabi Muhammad (saw) dalam Facebook
Selain disebabkan oleh kegagalan manifesto PH, kemenangan UMNO dalam PRK Cameron Highlands adalah kerana tiga isu yang pertama. PH gagal meyakinkan orang Islam dan Melayu dalam memberi keadilan kepada Muhammad Adib. Beberapa pemimpin PH masih menunjuk minat yang tinggi dalam meratifikasikan ICERD yang ditentang oleh majoriti orang Islam dan Melayu. Orang Islam juga tidak faham kenapa Tabung Haji diurus sebegitu rupa. Oleh kerana ketiga tiga isu ini adalah sangat dekat dihati orang Islam dan Melayu, ini membuat mereka menolak PH di Cameron Highlands mungkin kerana mereka percaya pemimpin Islam PH tidak menjuarai kes kes untuk orang Islam dan Melayu. Disudut yang lain, usaha orang bukan Islam dalam meratifikasi ICERD juga tidak membantu. Sekira dakwaan dakwaan ini benar, kenapa sebelum ini PH berjaya memenangi ketiga tiga PRK di Sungai Kandis, Seri Setia, dan Port Dickson? Ianya hanyalah disebabkan kes Adib, ICERD, dan Tabung Haji yang timbul hanya selepas tiga PRK tersebut seperti ditunjukkan oleh kronologi kejadian dibawah ini:
• 9 Mei 2018: PRU 14- PH menang
• 4 Ogos 2018: PRK Sungai Kandis- PH menang
• 8 September 2018: PRK Seri Setia- PH menang
• 14 October 2018: PRK Port Dickson – PH menang
• 27 November, 2019: Muhammad Adib cedera
• 8 Disember 2018: Demonstrasi anti ICERD
• 10 Disember 2018: TH diletak dibawah pengawasan Bank Negara
• 17 Disember, 2019: Muhammad Adib meninggal di IJN
• 26 Januari, 2019: PRK Cameron Highlands- BN menang.
• 24 February, 2019: SPRM: Tiada rekod RM90 juta dari 1MDB memasuki akaun PAS
• 27 Feb, 2019: Wai Foo Sing, 68, didakwa kerana menghina Nabi Muhammad saw dan Isteri beliau
• 2 Mar, 2019: PRK Semenyih
• 5 April, 2019: Sebutan kes Wai Foo Sing
Sampai kesaat penulisan ini, ketiga tiga isu ini masih hangat dibincangkan dan penyelesaian masih belum kelihatan. Oleh itu, isu isu ini masih mempengaruhi sentimen pengundi Semenyih. Lagipun, ada dua lagi isu panas yang timbul menghantui PH: persoalan RM90 juta dan penghinaan keatas Nabi Muhammad (saw) dan isteri beliau. Pemimpin PH telah memainkan isu fitnah RM90 juta sebelum PRU14 lagi. Orang Islam tidak boleh menerima fitnah dan apabila mereka dapati yang PH hanya menipu, ia boleh diterjemahkan sebagai kekalahan undi kepada PH. Isu kelima yang bermula dari Wai Foo Sing telah mencetus kemarahan orang Islam diMalaysia dan diluar negara. Nasib baik, kerajaan PH telah berjaya mendakwa penghina di mahkamah beberapa hari sebelum PRK Semenyih, dengan harapan ianya akan dapat menenangkan pengundi Islam untuk sementara waktu, sekurang kurangnya sehingga PRK Semenyih selesai. Walau bagaimana pun, pisau telah pun tertusuk dan ianya boleh melukakan PH dalam pembilangan undi diSemenyih nanti.
Oleh: Dr Mazlan Mahmud
Penganalisa Politik
28 Februari 2019


